Ads 468x60px

Letak Iklan Anda Di Sini

Area Bota dan Seri Iskandar, Perak.
Hubungi 017-9784787
atau Emel : wanhassan01 [at] gmail.com

Monday, November 2, 2009

4 cara istimewa untuk meningkatkan perniagaan anda melalui blog.

Jika dilakukan dengan cara yang betul, sesuatu blog boleh menarik pengunjung setia dalam mana anda berkongsi kepakaran, Informasi, idea dan isi kandungan dengan mereka sekaligus mendidik mereka tentang awareness terhadap perniagaan dan branding anda. Tetapi jika dilakukan bukan berpandukan pada strategi yang betul pula, anda boleh meninggalkan kesan yang sangat mendalam kepada pengunjung blog anda (yakni ketidak puasan hati bakal pelanggan anda sekali gus akan membawa mereka kepada pesaing anda).


Jadi di bawah ini, saya kongsikan 4 cara isimewa untuk meningkatkan perniagaan anda melalui blog:


1) Buat satu ruangan ekspresi pengguna. Jika blog anda ada buat pendekatan pengenalan kepada produk yang sedang anda jual atau sedang mempromosikan sesuatu service dari syarikat tertentu, maka seeloknya anda menyediakan satu ruangan khas agar pengunjung atau potensi pelanggan di blog anda dapat membuat post testimonial, maklum balas, pertanyaan atau komen serta dapat mengambil bahagian di dalam survey produk yang anda sedang adakan. Dengan mengambil langkah sebegini secara tidak langsung anda boleh berkomunikasi secara telus dengan potensi pelanggan anda dapat menggunakan Informasi serta maklum balas dari mereka untuk mempertingkatkan lagi kekuatan produk atau perkhidmatan anda sekali gus mengurangkan kelemahan pada produk anda. Tahukah anda dengan berbuat begini dapat akan membuatkan potensi pelanggan anda berkomunikasi terus di blog perniagaan anda.


2) Menyediakan konsep khidmat bantuan pelanggan. Apa yang dimaksudkan di sini bukan technical support atau "e-ticketing" sistem tu. Tetapi memberikan bantuan kepada pengunjung blog anda apabila mereka bertanyakan sesuatu. Jawab secara terperinci dan menepati apa yang mereka inginkan. Dengan ini secara tidak langsung akan meningkatkan keyakinan mereka terhadap anda. Sekaligus memberikan imej yang berkualiti terhadap produk anda.


3) Tingkatkan kredibiliti anda. Blog merupakan platform yang sangat baik untuk meningkatkan kredibiliti anda. Cara membinanya adalah dengan menyediakan artikel-artikel yang boleh berguna dan dapat membantu mereka, memberi tip-tip berguna, memberi khidmat konsultasi percuma dan sebagainya yang boleh mendatangkan faedah kepada pengunjung anda.


4) Dapatkan lebih pendedahan /exposure yang lebih. Satu-satu menambahkan lagi bakal pengunjung anda ke blog anda adalah dengan mendapatkan pendedahan meluas. Anda boleh lakukan buat satu press release untuk mendapat liputan meluas. Selalunya press release boleh dilakukan di website yang mempunyai traffic yang tinggi, ataupun di artikel directory atapun di majalah-majalah offline. Sebagai contohnya, pada kebiasaannya, produk-produk kecantikan selalu melakukan press release di televisyen dan juga surat khabar untuk mendapatkan pendedahan yang besar.

2 lagi tips tambahan untuk anda!

1. Sebelum melabur wang dan masa anda, jelaskan matlamat anda untuk berblogging. Tetapkan goal anda dan apa objektif anda berblogging serta tentukan siapa sebenarnya bakal targeted pengunjung anda. Dengan mengenalpasti USB (unique selling point anda) produk atau perkhidmatan anda, sudah pasti anda akan mempunyai potensi untuk berjaya dan boleh maju setapak ke hadapan.

2. Kemudian fikirkan strategi yang berguna untuk membina traffic dan perlahan-lahan meningkatkannya dari masa ke semasa. Sebaik mungkin promosikan blog anda dengan daya kreativiti anda. Menjana traffic yang stabil merupakan cabaran bagi setiap blogger!

p/s: karya asal dari jason R. Rich tetapi telah ditranslate dan ditambah baik mengikut kesesuaian market kita. Satu artikel yang amat berguna untuk blog perniagaan.


http://www.ideaim.com

No comments:

Post a Comment