Ads 468x60px

Letak Iklan Anda Di Sini

Area Bota dan Seri Iskandar, Perak.
Hubungi 017-9784787
atau Emel : wanhassan01 [at] gmail.com

Monday, November 2, 2009

Yang mana SCAM? Adakah ini SCAM?

Semakin banyak scam (penipuan) tidak kira di perniagaan Internet ataupun perniagaan bukan Internet kini. Bagaimana hendak tahu sama ada ianya SCAM ataupun bukan?

SCAM dan penipuan sering terjadi terutama dalam peluang-peluang menjana pendapatan atau sistem-sistem untuk menjadi kaya. Oleh itu, sekiranya anda terbaca sahaja peluang-peluang menjana pendapatan, satu ALARM patut berbunyi dalam kepala anda sebagai WARNING untuk be ALERT

Untuk mengelakkan diri anda dari tertipu dengan SCAM, banyakkan bertanya- be curious!

Adakah individu atau syarikat tersebut mempunyai kredibilit dan reputasi? Ataupun dirinya menyorok disebalik laman web tanpa sesiapa ketahui sama ada dirinya wujud ataupun tidak.
Adakah bunyinya terlalu senang untuk membuat wang? Percayalah kata saya… hendak menjadi jutawan amat susah. Tetapi, sering kali bila terdapat peluang-peluang mengatakan seseorang boleh menjadi kaya dengan pantas dan kerja senang- mudah sahaja terjerat.
Adakah bukti-bukti ditunjukkan? Di sini dengan kehadiran teknologi, ianya menjadi amat sukar. Income statement, gambar penyata bank, cek yang di scan, screenshot pendapatan online, kesemuanya boleh direka.
Dengan kebolehan grafik yang minima, seseorang itu boleh memanipulasikan photo atau screenshot untuk menunjukkan pendapatan yang tinggi. Saya tahu oleh kerana saya juga pereka grafik dan sedia maklum teknik-teknik manipulasi gambar ini.

Dalam topik yang sama juga, testimonial juga boleh direka sendiri. Oleh itu, anda perlu lebih berhati-hati.

Sekiranya timbul rasa ragu-ragu ketika anda menyelidik mencari jawapan- berhati-hati, ianya mungkin scam.

Di atas adalah 3 soalan favourite saya untuk mengingatkan kita tentang scam. Masalahnya SCAM ini, adalah ianya menjatuhkan kepercayaan orang ramai tentang peluang-peluang perniagaan Internet dan juga bukan Internet.

Namun, para pengguna di zaman ini secara rata-ratanya adalah lebih bijak, peka dan lebih sophisticated. Semakin bijak anda sebagai pembeli, maka, lebih mudah anda menghidu SCAM.

Ada berbagai-bagai lagi sudut perlu dilihat. Apa kata anda kongsikan pendapat anda atau pengalaman anda supaya sama-sama dapat manfaat dan tidak terjerat dengan SCAM.

editor: nama syarikat atau individu yang boleh diimplikasikan ianya scam tidak boleh disebut.


credit to irfankhairi

No comments:

Post a Comment