Ads 468x60px

Letak Iklan Anda Di Sini

Area Bota dan Seri Iskandar, Perak.
Hubungi 017-9784787
atau Emel : wanhassan01 [at] gmail.com

Monday, November 2, 2009

Kena tipu di Internet… kesian!

Kes-kes kena tipu di Internet, malangnya ada juga terjadi. Selalu ketika saya memberi ceramah mendapat soalan-soalan seperti “Boleh percaya ke perniagaan Internet ni?”

Jawapan yang boleh saya berikan adalah, bukan perniagaan Internet sahaja. Perniagaan bukan Internet pun ada juga tipu (betul kan?). Perniagaan MLM pun ada juga tipu. Perniagaan mail order juga, ada tipu.



Ianya bergantung kepada individu (perniagaan) sama ada nak tipu atau tidak. Internet sendiri bukan salahnya. Selain daripada peniaga, pengguna juga perlu berhati-hati agar tidak ditipu. Selalu juga pengguna Internet datang kepada saya dan tanya “Betul ke skim ni?” atau “Boleh jadi kaya ke kalau buat macam ni?” atau “Email yang saya terima ni betul ke boleh jadi kaya?”.

Berhati-hati bila…

Ada pakcik dari Nigeria meninggal dunia dan perlu bank account number anda di Malaysia untuk menyimpan dana bermillion ke bank akaun anda.
Pelaburan yang tidak mempunyai backup atau bukti yang nyata. Ada yang hilang beribu ringgit.
Hantar email kepada ramai-ramai dan ubah kedudukan nombor bank akaun peserta pertama, menjadi kedua dan sebagainya. Kadang-kala digunakan istilah “sumbangan ikhlas”
Perniagaan Internet yang tidak jujur seperti posting tahun lepas di sini
Tiba-tiba dapat email dari Spain kata memenangi lottery, dan mereka perlu nombor akaun anda untuk masukkan wang yang dimenangi.
dan banyak lagi… kut anda boleh tolong tambahkan
Ada juga di antara skim-skim ni menggunakan nama saya contoh “Dr Irfan Khairi jutawan muda telah memperolehi berjuta melalui Internet, anda bila lagi? sertai skim-skim ini amat mudah menjadi jutawan Internet… “

Cuma ingin mengingatkan pembaca, saya tidak pernah pun menyertai skim-skim di atas untuk memperolehi pendapatan. Nak memperolehi pendapatan lumayan di Internet, caranya adalah consistent hard work. Jalankan perniagaan secara sah dan jujur.

To make a million, tiada short cut. Sering ingat-mengingati rakan-rakan takut ramai yang terjerat dengan perkara-perkara yang tidak diingini. Sebab ramai yang nak kaya dengan mudah dan cepat, maka bertambahlah skim dan scam untuk take advantage of the situation. Mungkin anda mempunyai pengalaman?

credit to : irfankhairi

No comments:

Post a Comment